fbpx

Rakyat Malaysia rayu BDR, terbeban tanggung kos perjalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial sejak kelmarin mengenai perdebatan orang ramai yang rata-ratanya merayu agar pekerja diberikan pilihan untuk bekerja dari rumah (BDR).

Ini kerana mereka meluahkan rasa terbeban dalam menanggung kos perjalanan dari rumah ke tempat kerja sehingga ada yang terpaksa memperuntukkan hampir RM1,000 sebulan bagi bayaran minyak petrol, tol dan kos penyelenggaraan kenderaan.

Seorang pengguna Twitter menyuarakan pandangannya agar majikan dapat memberi kelonggaran dan pilihan kepada para pekerja untuk bekerja dari rumah sebagai salah satu usaha membantu meringankan bebanan pekerja.

“Buang masa dan duit, kesihatan mental dan fizikal terjejas dan kembalikan semula bekerja dari rumah untuk kami majoritinya tolonglah, sekatan pergerakan pandemik Covid-19 telah mengajar kita yang bekerja dari rumah adalah tidak mustahil dan bermanfaat untuk pekerja.

“Jadikan bekerja dari rumah sebuah pilihan lah untuk semua yang sesuai, siapa nak bekerja dari rumah, silakan dan siapa nak masuk pejabat, silakan atau siapa nak ‘hybrid’, silakan, cuma jadikan ia sebagai pilihan,” ujarnya.

Sementara itu seorang pengguna lain turut berkongsi jumlah perbelanjaan yang diperuntukkannya setiap bulan apabila perlu bergerak ulang-alik dari Cyberjaya ke tempat kerjanya di Bangsar.

“Perjalanan mengambil masa dua jam atau lebih setiap hari sebab kesesakan, keluar rumah pukul 7 pagi dan balik pukul 5.30 petang setiap isnin hingga jumaat.

“Minyak kereta seminggu RM50 naik kereta Vios, kali empat minggu RM200, tol pergi balik RM11 dan sebulan RM220, penyelenggaraan kereta sekitar RM533, jumlah keseluruhan RM953 untuk sebulan,” kongsinya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Twitter memuat naik ciapan meminta agar mana-mana pihak majikan yang tidak setuju untuk berikan pilihan bekerja dari rumah kepada pekerja, mereka seharusnya menaikkan elaun perjalanan sekurang-kurangnya RM400 sebulan.

“Kalau perlukan khidmat pekerja di rumah, naikkan elaun perjalanan sekurang-kurangnya RM400, separuh dari perbelanjaan kami perlu keluarkan, lagi-lagi yang bekerja kawasan Lembah Klang yang sangat padat dan sesak,” ciapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI