fbpx

ARRC 2022: Pelumba negara memburu kejuaraan di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pelumba tempatan sedia memeriahkan saingan ARRC 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 27 hingga 29 Mei ini.

PELUMBA Honda Asia-Dream Racing Team Showa, Mohd. Zaqhwan Zaidi berazam untuk memburu kejayaan di negara sendiri pada perlumbaan Kejua­raan Motosikal Asia (ARRC) 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 27 hingga 29 Mei ini.

Menurutnya, berlumba di tempat sendiri seakan-akan memberi satu suntikan semangat setelah dua tahun tidak berlumba akibat pandemik Covid-19.

“Saya tidak mempunyai strategi khusus sehingga menyebabkan saya berasa tertekan di atas litar.

“Berlumba dengan pelumba senegara memerlukan saya mengatur strategi tersendiri untuk berada di atas podium,” katanya selepas sesi Bertemu Peminat Dan Promosi ARRC 2022 di Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam semalam.

Turut hadir pelumba dari pa­sukan bertanding seperti Azlan Shah Kamaruzaman, Adam Noroddin, Ahmad Afif Amran dan Kasma Daniel Kasmayudin.

Terdahulu, Mohd. Zaqhwan berjaya mendominasi perlumbaan pertama kategori Asian Superbikes 1000 (ASB1000) ARRC 2022 di Thailand.

Pelumba berusia 27 tahun itu mengungguli perlumbaan di Litar Antarabangsa Chang membabitkan 13 pusingan sejauh 59.202 kilometer (km) dengan catatan masa 21 minit dan 04.947 saat (s).

Sementara itu, seorang lagi pelumba kategori sama dari pasukan Yamaha, Kasma Da­niel berkata, beliau menganggap saingan utama adalah daripada pasukan Honda.

“Walaupun begitu, saya akan cuba memberi yang terbaik untuk menyaingi pelumba yang lain dalam kategori sama.

“Saya berharap sokongan da­ripada peminat-peminat tempatan mampu memberi semangat kepada saya untuk mencabar pelumba lain termasuk dari luar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI