fbpx

Banyak negara ‘sembunyi’ bekalan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARGENTINA melaksanakan larangan eksport daging lembu bagi memenuhi bekalan domestik. - AFP

WASHINGTON – Negara-negara dunia melaksanakan larangan eksport makanan susulan kekura­ngan bekalan berpunca daripada perang di Ukraine, lapor akhbar The Wall Street Journal (WSJ) kelmarin.

Larangan eksport segera dilaksanakan selepas Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu, bertujuan untuk meningkatkan bekalan domestik dan memperlahankan kenaikan harga tetapi trend itu memburukkan masalah kekurangan bekalan global, lapor WSJ.

Ukraine dan Rusia merupakan pengeksport utama bijirin dan minyak sayuran.

Menurut WSJ, sekatan eskport makanan dan baja dilaksanakan di 26 negara pada tahun ini. India selaku pengeluar gandum kedua terbesar, melarang eksport gandum pada 13 Mei lalu ketika harga domestik melambung, manakala Indonesia yang mengeluarkan 60 peratus minyak sawit dunia bertindak menyekat eksport komoditi itu lewat April lepas sebelum menarik balik sekatan pada bulan ini.

Ghana melarang eksport beras dan kacang soya, Argentina mengharamkan eksport daging lembu dan Mesir menyekat eksport makanan, kata WSJ.

“Ini adalah salah satu cara klasik untuk penyelesaian jangka pendek. Bagaimanapun, akhir­nya anda akan berdepan masalah kekurangan bekalan seperti sebelum ini,” kata Simon Evenett yang merupakan profesor bidang perdagangan antarabangsa dan pembangunan ekonomi Universiti St. Gallen di Switzerland.

Dalam pada itu, harga makanan meningkat hampir 30 peratus sejak setahun lalu, demikian menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu dengan trend itu menjadi semakin ketara susulan pencerobohan Ukraine. 

Presiden Joe Biden turut menyuarakan kebimbangan mengenai kekurangan makanan pada 24 Mac lalu.

“Kami memang ada berbincang tentang kekurangan bekalan. Masalah ini menjadi nyata,” kata Biden. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI