fbpx

Brunei mahu timba pengalaman berharga menentang Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSANAN melahirkan harapan pasukan Brunei mampu memberikan persembahan terbaik dan saingan kepada pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

AKSI persahabatan bertemu Malaysia bakal dijadikan sebagai medan mencari pengalaman berharga buat Brunei selepas agak lama tidak beraksi di pentas antarabangsa secara kompetitif ekoran pandemik Covid-19.

Ketua jurulatih Brunei, Rosa­nan Samak berkata, barisan pemain hanya menjalani latihan untuk tempoh yang singkat selepas mengambil alih pasukan Mac lalu dengan aksi terakhir adalah pertemuan menentang Laos.

“Kali terakhir kami bermain adalah ketika jendela antarabangsa Mac lepas dengan menentang Laos. Selepas itu memang tiada latihan langsung buat pasukan memandangkan Brunei masih dalam pandemik Covid-19.

“Mulai Jun, baru kami dibenarkan menjalani latihan mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang dibenarkan, jadi untuk aksi menentang Malaysia kali ini lebih kepada pengajaran dan pengalaman buat pasukan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam.

Mengulas lanjut, Rosanan enggan meletakkan harapan tinggi untuk melakar keputusan positif tetapi percaya semua 23 pemain yang dibawa mampu memberi saingan kepada Harimau Malaya pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

“Kita tidak boleh nafikan kekuatan pasukan Malaysia, aksi tersebut bukan tugas mudah. Ini adalah kenyataan tetapi apa sahaja yang berlaku saya percaya pemain mampu memberikan persembahan terbaik,” katanya.

Sebagai rekod, Brunei ketika ini berada di kedudukan ranking ke-191 dunia jauh di belakang Malaysia yang berada di kedudukan ke-154.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI