SEWAKTU menyertai pertandingan realiti Big Stage musim pertama, nama Sissy Imann Mohamad Kamil pernah dikatakan antara peserta kegemaran yang mempunyai pesona bintang bahkan layak bergelar juara. Bertanding dengan latar belakang sebagai seorang guru vokal dan mahir bermain piano, Sissy hanya mampu bertahan sehingga minggu kelima dalam program berkenaan. Biarpun penyingkiran tersebut dianggap sedikit mengejutkan, anak jati Kuala Lumpur itu tidak mudah menyerah kalah. Dia bangkit dan meneruskan perjalanan dalam kerjayanya tanpa menggalas apa-apa rasa kekesalan. “Benar, saya tidak lama berada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya