fbpx

Akademi Quinton asah bakat seni kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOH berdiri di hadapan pintu utama Akademi Quinton yang bakal sibuk menerima pelajar baharu mulai Julai ini di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Akademi Quinton mengunjurkan pendaftaran pelajar baharu pada tahun ini mencecah sehingga 100 orang ekoran minat masyarakat untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan secara profesional dalam industri kreatif.

Pengasas akademi tersebut, Aron Koh berkata, 10 program sijil yang ditawarkan seperti sinematografi, teater dan lakonan, teater muzikal, pengurusan produksi, pengarah kandungan, persembahan muzik dan koreografi lagak ngeri bakal menjadi pilihan mereka yang berbakat, berpengalaman dan mahu terlibat secara serius dalam industri tersebut.

Lebih menarik, program tersebut akan turut ditawarkan kepada pelajar dari luar negara khususnya di negara jiran dan seterusnya akan diperluaskan ke India dan China untuk pelan jangka panjangnya.

“Kami akan memulakan pengambilan pada bulan Julai ini dan untuk program sijil ia akan melibatkan tempoh selama tiga bulan sahaja.

“Kami bercadang untuk menawarkan kursus bagi peringkat dip­loma dan ijazah menjelang suku ketiga atau suku keempat tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, terang Koh, bagi mencapai sasaran tersebut, aktiviti promosi akan dibantu oleh ejen-ejennya di seluruh negara bagi menarik minat pelajar mendaftar untuk pengajian secara online atau bersemuka.

Selain itu, tambah beliau, akademi itu juga telah bekerjasama dengan Kolej Universiti Lincoln dan Akademi Broadway serta bakal memeterai perjanjian kerjasama dengan Akademi Filem New York dalam masa terdekat.

“Melalui usaha sama Akademi Filem New York, pelajar tidak perlu berbelanja besar untuk ‘terbang’ di New York, mereka hanya belajar dengan kami dan sijil mereka akan disahkan oleh akademi ber­kenaan,” jelasnya.

Selain itu, Koh memberitahu, salah satu program popularnya, Key Opinion Leader dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada mereka yang terlibat dalam pemasaran produk melalui media sosial kerana ia akan membantu mereka bercakap depan kamera dan membuat gimik promosi secara langsung dalam platform online. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI