fbpx

Peluncur Jerman takluki ombak gergasi setinggi 26 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATLET itu telah memenangi Anugerah Ombak Terbesar Liga Luncur Dunia sebanyak tiga kali. - Guinness World Records

LISBON, Portugal – Seorang peluncur ombak dari Jerman memecahkan Guinness World Records apabila dia meluncur ombak setinggi lebih 26 meter dalam aksi ‘berani mati’ di luar pantai Portugal, lapor agensi beri­ta United Press International (UPI) kelmarin.

Sebastian Steudtner, 36, meluncur ombak gergasi tersebut di luar pantai Praia do Norte, bandar Nazare pada Oktober 2020.

“Saya rasa ia menakjubkan. Saya telah mencapai semua yang saya mahukan dalam sukan. 

“Ia adalah satu perjalanan yang ‘gila’ untuk sampai ke tahap ini dan rekod ini lebih daripada sekadar angka,” kata Steudtner dalam majlis pengiktirafan pencapaiannya yang diadakan pada Selasa lalu.

Steudtner pernah memperoleh Anugerah Ombak Terbesar Liga Luncur Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2010, 2015 dan 2021.

Guinness menyatakan, pengukuran ombak adalah proses yang panjang dan sukar melibatkan kerja-kerja mendapatkan tangkap layar daripada rakaman video aksi Steudtner dan menggunakan objek lain dalam tangkap layar termasuk badan peluncur sendiri sebagai titik rujukan untuk menentukan ketinggian air.

Dia telah memecahkan rekod peluncur Brazil, Rodrigo Koxa yang dicipta pada 2017 di lokasi sama. Koxa dijangka kembali ke lokasi itu dalam usaha untuk memecahkan rekodnya sendiri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI