fbpx

Ahmad Dhani, Jamal, Faizal, Naim Daniel meriahkan KL GOE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malam penutup festival Garden Of Eid akan menyaksikan kemunculan ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani menjayakan persembahan Malam Munajat Cinta pada 29 Mei 2022 (Ahad) di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.

BUAT julung kalinya, barisan penyanyi popular iaitu Datuk Jamal Abdillah, Ahmad Dhani, Faizal Tahir, Naim Daniel dan kumpulan Raihan bakal berkongsi pentas sempena penganjuran Kuala Lumpur Garden of Eid Festival 2022 (GOE).

Festival tiga hari bermula 27 Mei sehingga 29 Mei 2022 itu diadakan bagi meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Berbicara tentang persembahan bertemakan kerohanian, Raihan meluahkan kesyukuran kerana diberi peluang untuk menghiburkan peminat selepas sekian lama tidak beraksi di pentas terbuka kerana pandemik Covid-19.

“Kami berharap festival ini akan memberi kelainan kepada masyarakat untuk mendapat hiburan bersama sambutan Aidilfitri secara terbuka selepas dua tahun kita tidak meraikan secara normal.

“Oleh itu, kami berharap penonton akan hadir memberi sokongan kerana sudah terlalu lama kami tidak mengadakan persembahan berskala agar besar seperti ini.

“Seperti mana orang ramai rindu untuk menjalani kehidupan normal, begitu juga dengan kami yang cukup rindu untuk menghiburkan peminat di atas pentas,” jelas Che Amran.

Selain kumpulan Raihan, penyanyi popular seperti Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel akan turut menghiburkan penonton pada persembahan yang akan berlangsung pada 28 Mei 2022 (Sabtu) pada pukul 8.30 malam di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.

“Saya akan membuat persembahan secara langsung pada malam kedua festival ini. Selain dapat meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan, saya berharap pengunjung yang hadir mendapat manfaat dari bulan Syawal yang kita raikan,” ujar Faizal.

Dalam pada itu, Faizal mendedahkan festival GOE adalah pentas pertamanya mengadakan persembahan penuh secara acapella.

“Sepanjang menjadi penyanyi, ini adalah kali pertama saya akan membuat persembahan secara acapella sepenuhnya sambil yang diiringi kumpulan percussion.

“Memang persembahan agak berbeza, saya sendiri teruja kerana dalam keadaan sekarang jarang untuk penyanyi diberi kebebasan bagi mencorakkan persembahan pentas mereka kecuali konsert sendiri,” ujar Faizal.

Ahmad Dhani

Lebih menarik, pada malam penutup Garden Of Eid, personal kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani diterbangkan khas dari Indonesia untuk muncul dalam persembahan Malam Munajat Cinta pada 29 Mei 2022 (Ahad) di lokasi yang sama.

Tidak hanya persembahan daripada penyanyi popular, festival GOE turut mengadakan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur antaranya sesi perkongsian, food truck, skate park dan kemunculan karakter animasi islamik terkenal iaitu Omar & Hana, Didi & Friends serta Ejen Ali.

Turut mengisi jadual selama tiga hari festival berkenaan adalah sesi perkongsian motivasi dan bual bicara santai bersama Qalby, islamik aplikasi oleh Mizz Nina dan Ahlan Academy.

Untuk masa akan datang, festival GOE mungkin akan dijadikan acara tahunan bagi merancakkan ekonomi, menaikkan industri seni dan menjadi produk pelancongan Islamik di Kuala Lumpur.

Orang ramai yang berminat, jangan lupa untuk hadir ke Kuala Lumpur Garden of Eid Festival 2022 yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Mei sehingga 29 Mei ini.
Festival akan diadakan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI