fbpx

Ebit melawat adik Bilal hidap penyakit macrocephaly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit bersama ibu bapa Bilal ketika melawatnya di rumah mereka.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew melawat seorang kanak-kanak bernama Bilal yang menghidap penyakit macrocephaly di Kulim, Kedah hari ini.

Perkongsian Ebit Lew di akaun Facebook miliknya menunjukkan Bilal bersama ibu bapanya menceritakan mengenai penyakit yang dihidapi insan istimewa itu.

Menurut Ebit, ibu bapanya sudah berhenti kerja untuk menjaga anak yang sakit selama lebih setahun.

“Kakaknya juga langsung tidak boleh mendengar. Betapa berat ujian pasangan ini.

“Saya tanya ada apa-apa rawatan boleh dibuat, bapanya kata ada dua jenis sakit begini. Ada yang boleh buat pembedahan, tetapi yang ini tak boleh, semoga Allah sembuhkan dan beri keajaiban buat Bilal. Buat ibu bapanya Allah beri ketabahan dan kekuatan.

“Saya sangat bertuah dapat berjumpa adik Bilal dan ibu bapanya yang sedang diuji tanda sangat disayangi Allah,” katanya.

Macrocephaly adalah gangguan neurologi yang mana terdapat peningkatan ukuran kepala yang tidak normal. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI