fbpx

Bekalan ikan menurun, punca harga naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kanan) ketika hadir Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

PUCHONG – Peningkatan harga ikan di peringkat borong dan runcit adalah dipengaruhi oleh penawaran bekalan ikan yang menurun pada tempoh tertentu dan dijangka kembali stabil apabila penawaran bekalan sumber laut itu mula meningkat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, melalui analisa data yang diperolehi dan perbandingan trend bekalan ikan beberapa tahun kebelakangan ini, menunjukkan sedikit penurunan.

“Penurunan tersebut adalah dari segi penawaran bagi segmen pendaratan ikan marin (laut) iaitu sebanyak 15 peratus bagi minggu pertama sehingga ketiga Mei 2022 berbanding bulan sebelumnya.

“Penurunan bekalan adalah situasi biasa bersifat sementara dan selari dengan pola pendaratan tahun-tahun sebelum ini disebabkan aktiviti penangkapan ikan yang berkurang sepanjang minggu akhir Ramadan dan dua minggu pertama Syawal pada akhir April dan awal Mei lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas hadir Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Lembaga KemajuAn Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

Tambah Ahmad, jika dilihat pada data pendaratan ikan antara tahun 2016 sehingga 2021, bulan Jun kebiasaanya akan mula menunjukkan trend peningkatan pendaratan dan akan mencapai kemuncak sekitar September atau Oktober.

“Isu kekurangan bekalan ayam di pasaran berkemungkinan turut memberi kesan tambahan kepada peningkatan harga ikan memandangkan pilihan pengguna yang mula beralih kepada ikan.

“Pemilihan pengguna yang beralih kepada ikan ini juga menyebabkan tekanan terhadap permintaan yang meningkat berbanding kapasiti penawaran bekalan ikan dalam pasaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI