fbpx

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden di Tak Bai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan kebakaran dan situasi tegang yang berlaku di Tak Bai, Thailand malam tadi.

KOTA BHARU – Kejadian letupan bom dan berbalas tembakan di Tak Bai dekat Narathiwat, Thailand yang berlaku malam tadi tidak melibatkan rakyat Malaysia.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bagaimanapun, pihaknya masih menunggu siasatan terperinci yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Thailand ketika ini.

Menurutnya, setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang terlibat dengan insiden tersebut dan keadaan semasa di sempadan Malaysia-Thailand berada dalam keadaan terjamin.

“Kawalan di sempadan sentiasa diperketatkan seperti biasa meskipun sempadan kedua-dua negara sudah dibuka.

“Kita sudah menjalankan pertukaran maklumat secara sistemetik dengan pihak Thailand sebelum ini. Semalam, kita juga sudah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Thailand mengenai insiden itu,” katanya pada sidang akhbar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, penguatkuasaan dan kawalan yang dilakukan ketika ini juga untuk membanteras segala kegiatan haram yang berlaku di sempadan kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI