fbpx

Tidak bebas, antara alasan GOT7 tinggalkan JYP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN GOT7

PEMINAT K-Pop terutama pengikut kumpulan GOT7 pasti tahu yang kumpulan itu telah meninggalkan agensi mereka, JYP Entertainment pada Januari tahun lalu.

Setelah bergerak solo, GOT7 baru-baru ini membuat pendedahan tentang pendirian untuk meninggalkan syarikat pengurusan popular tersebut.

“Alasan paling kukuh kenapa kami tinggalkan JYP adalah mahu bawa haluan dan lebih kreatif. Kami bukan setakat mahu menjadi penyanyi, tetapi lebih daripada itu.

“Jujur kami amat selesa bekerjasama dengan JYP tetapi ada masanya kami rasa kebebasan itu sangatlah terhad. Mungkin artis seangkatan kami juga tahu bagaimana bekerja di bawah JYP.

“Mereka ada sasaran dan perancangan tersendiri bagi setiap artis naungan. Justeru, tidak semua perancangan tersebut kena dan boleh diterima kami bulat-bulat,” luah mereka.

Terdahulu, GOT7 meninggalkan syarikat tersebut awal tahun lalu selepas tujuh tahun bersama.

Bernasib baik, GOT7 dapat memperoleh hak sepenuhnya ke atas kumpulan mereka sendiri tanpa sebarang sekatan daripada agensi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI