fbpx

Kelab EPL kuasai wang kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA menjadi pasukan yang menerima hadiah wang kemenangan terbanyak UEFA musim lalu dengan jumlah sebanyak £105 juta (RM581 juta). – AFP

LONDON – Pasukan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) dilihat kembali mendominasi pentas Eropah seperti mana ketika mereka melakukannya pada era 70-an dan 80-an lalu.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), sebanyak £414 juta (RM2.29 bilion) wang kemenangan telah diagihkan kepada tujuh pasukan dari England untuk tahun lalu sahaja.

Menduduki carta teratas pe­nerima hadiah wang kemena­ngan adalah Chelsea £105 juta (RM581 juta) diekori Manchester City £104 juta (RM575 juta), Li­verpool £77 juta (RM426 juta) dan terakhir Manchester United £70 juta (RM387 juta).

Kelab-kelab dari Sepanyol pula berada di kedudukan ke­dua berdasarkan kutipan hadiah wang kemenangan apabila me­raih £351 juta (RM1.94 bilion) kemudian diikuti oleh kelab dari Jerman dan Itali serta kelab dari Ligue 1 Perancis.

Sejak lima musim lalu, pasukan dari England ber­saing dalam tiga daripada lima aksi final pada Liga Juara-Juara (UCL) yang lalu dan memenangi­nya sebanyak dua kali, malah terdapat dua aksi final sepanjang tempoh tersebut melibatkan pertembungan sesama sendiri kelab dari EPL.

Selain saingan UCL, beberapa kelab England seperti Arsenal, Tottenham Hotspur, United dan Leicester City juga turut berjaya meraih wang tunai yang agak lumayan ketika mereka beraksi dalam saingan Liga Europa.

Musim ini menyaksikan Liverpool dianggarkan sudah meraih pendapatan sebanyak £102 juta (RM564 juta) hasil penampilan mereka dalam UCL.

Mereka bakal meraih seba­nyak £106 (RM586 juta) lagi sekiranya berjaya merangkul kejua­raan menewaskan Real Madrid Ahad ini sekali gus layak beraksi dalam saingan Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia untuk meraih tambahan £11 juta (RM60 juta) wang hadiah tambahan.
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI