fbpx

Banjir lumpur paling teruk sejak 47 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu keluarga mangsa banjir di Felda Trolak Selatan memindahkan pakaian selepas rumah mereka dinaiki banjir lumpur petang semalam.- Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TANJUNG MALIM – Kejadian banjir lumpur di Felda Trolak Selatan sekitar pukul 2.30 petang semalam disifatkan yang paling teruk dalam tempoh 47 tahun di kawasan berkenaan.

Penduduk kampung, Mohamad Usop, 78, berkata, meskipun kawasan tersebut sering dilanda banjir jika berlaku hujan lebat, keadaannya masih terkawal dan tidak merbahaya.

Bagaimana pun katanya, kejadian petang semalam yang dipercayai akibat kepala air benar-benar mengejutkan penduduk kerana bukan sahaja berlumpur malah paras air tinggi sehingga dada.

“Ini banjir paling teruk sejak 1975 kerana berlaku begitu pantas dan tahu-tahu air sudah naik sampai paras pinggang di dalam rumah hingga saya dan isteri tidak sempat selamatkan banyak barang.

“Kebiasaannya banjir sebelum ini hanya paras buku lali jika masuk ke rumah tapi semalam memang luar biasa malah ia membawa sama lumpur,” katanya ketika ditemui.

Air mula surut sekitar pukul 7 malam semalam membolehkan penduduk yang berlindung sementara di rumah saudara mara pulang ke kediaman mereka.

Menurut Mohamad, kali terakhir banjir berlaku di Felda Trolak Selatan adalah pada hujung bulan lalu iaitu beberapa hari menjelang Aidilfitri tetapi tidak seteruk semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI