fbpx

Hodak bertuah miliki Irfan dalam skuad KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRFAN mempunyai pengalaman beraksi menentang pasukan Pak Arab menjelang aksi menentang kelab dari Oman, Al-Seeb maalm ini.

DARIPADA reaksi Bojan Hodak dalam perlawanan terdahulu, kerap kali jurulatih itu menyifatkan Kuala Lumpur City FC adalah pasukan bertuah kerana memiliki Irfan Zakaria dan melabel pemain itu sebagai serba boleh.

Walaupun skuad The City Boys membawa masuk Declan Lambert dan memiliki pemain muda seperti Nabil Hakim Bokhari, KL City seakan masih bergelut untuk mencari calon sesuai bagi menggantikan Daniel Ting di posisi pertahanan kiri sehinggalah Hodak menyenaraikan Irfan di kedudukan itu.

Ketika khidmatnya lebih sinonim sebagai pertahanan tengah, Irfan berasakan perubahan yang berlaku kali ini sedikit sebanyak menghadirkan perkembangan positif kepada kariernya.

“Jika bermain selaku pertahanan tengah, mungkin lebih terbuka kawasan yang saya perlu jaga. Namun kali ini, lama-kelamaan saya semakin serasi bermain selaku pertahanan kiri dan tidak terasa sebarang kelainan.

“Sebagai pertahanan kiri, saya hanya perlu berikan tumpuan di bahagian kiri dan sedikit sebanyak buatkan saya lebih senang berikan fokus di atas padang,” katanya.

Selepas mengharungi sembilan perlawanan, KL City kini menghuni tangga kesembilan Liga Super dengan 13 mata, hasil empat kemenangan dan sekali seri.

Bagaimanapun, Hodak pastinya sedar tugasan berat menantinya untuk memperbaiki kelemahan di barisan pertahanan selepas tujuh kali dalam empat perlawanan terakhir.

“Dapat rasa bila tiada Daniel Ting, Declan pula tidak pernah bermain di posisi itu kerana semasa di luar negara, dia beraksi sebagai pertahanan kanan dan secara tidak langsung memang kami terkesan.

“Jurulatih ada terapkan beberapa formasi baharu dalam pasukan dan kami sentiasa cuba untuk ikut, termasuk saya diletakkan di bahagian pertahanan kiri. Saya ambil tanggungjawab ini sebagai satu cabaran baharu dalam karier dan akan cuba pastikan mampu memikul tugasan diberikan jurulatih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI