fbpx

RON97 dijual RM4.70 seliter bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen berkuat kuasa esok sehingga 1 Jun depan, menjadikan ia dijual dari RM4.33 kepada RM4.70 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan mengekalkan harga kedua-dua produk tersebut bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN