fbpx

Poland kecewa dengan Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Duda (kiri) dan rakan sejawatnya dari Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berjabat tangan semasa sidang akhbar di Kiev baru-baru ini. – AFP

DAVOS, SWITZERLAND – Jerman telah gagal untuk membekalkan stok kereta kebal tempur kepada Poland yang telah kehabisan bekalan itu selepas menghantar peralatan berat tersebut ke Ukraine, lapor laman berita RT, semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden Poland, Andrzej Duda kepada akhbar Jerman, Die Walt, kelmarin di luar Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

“Poland telah melemahkan potensi ketenteraanya apabila menggunakan kapasiti sendiri untuk membekalkan Kiev dengan sebilangan kereta kebal,” katanya sambil menambah, Warsaw menjangkakan sokongan daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Berlin khususnya.

Jelas beliau, kebanyakan kereta kebal Poland adalah jenis Leopards yang dibuat di Jerman, dan Berlin sebelum ini berjanji untuk menggantikan peralatan ketenteraan yang dihantar ke Ukraine.

“Jerman berjanji untuk menyerahkan kereta kebal jenis itu kepada kami. Mereka bagaimanapun tidak menepati janji tersebut. Terus terang saya katakan bahawa kami sangat kecewa dengan perkara ini,” kata Duda.

Beliau selain itu turut menegur Berlin kerana kononnya tidak melakukan tindakan yang secukupnya untuk menyokong Ukraine.

“Pertama sekali, Jerman sendiri yang sepatutnya membantu Ukraine. Kiev memerlukan bantuan ini dengan kadar segera,” katanya.

Menurut Duda, Poland bertindak campur tangan dengan penghantaran peralatan berat kepada Ukraine kerana negara-negara lain keberatan untuk berbuat sedemikian.

Beliau bagaimanapun tidak memberitahu jumlah bilangan kereta kebal Poland yang telah dihantar ke Kiev. Berlin pula setakat ini tidak mengulas mengenai tuduhan Duda. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI