fbpx

Shapovalov gagal tahan asakan Rune

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAPOVALOV terpaksa pulang awal dari saingan Terbuka Perancis selepas tewas pada pusingan pertama. – AFP

PARIS – Pilihan ke-14 dari Kanada, Denis Shapovalov ter­singkir daripada kejohanan tenis Terbuka Perancis seawal pu­singan pertama selepas tewas mengejut kepada pemain Denmark, Holger Rune 3-6, 1-6, 6-7 kelmarin.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Roland Garros itu, Shapovalov gagal untuk menampilkan aksi sebenar apabila membenarkan Rune lebih banyak menguasai keseluruhan permainan.

Pertemuan sulung yang menemukan kedua-dua pemain tersebut nyata membawa tuah buat Rune biarpun dia hadir pada kejohanan kali ini dengan status sebagai pemain bukan pilihan.

“Satu perlawanan yang sangat sukar dan saya akui gagal untuk menampilkan prestasi sebenar ketika bertemu Rune. Keputusan ini sangat mengecewakan dan tidak dapat dijangka.

“Bagaimanapun, saya terima kekalahan ini dengan hati terbuka. Mungkin saya perlu be­kerja lebih keras lagi dalam latihan bagi memperbaiki mana-mana kelemahan yang ada,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Meskipun Shapovalov me­lakukan enam pukulan ‘ace’ pada perlawanan itu, namun ia masih belum mampu untuk memberi saingan kepada Rune yang jelas menguasai sepenuhnya pertemuan tersebut.

“Saya tidak pernah fikir permainan saya sudah sempurna kerana setiap orang pasti ada kelemahan. Memang kecewa dengan kekalahan ini tetapi saya hanya fokus pada aksi seterus­nya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI