fbpx

Ismail Sabri jumpa PM Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) dan Hsien Loong di Hotel Imperial, Tokyo hari ini.

TOKYO – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan bertemu dengan rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong di Hotel Imperial di sini hari ini.

Pertemuan empat mata itu dilakukan sebelum mereka berdua menyampaikan ucaptama di Persidangan Nikkei sebagaimana dijadualkan esok.

Turut akan menyampaikan ucaptama di persidangan tersebut termasuklah ketua negara yang lain pada pagi esok.

Ismail Sabri kini berada di Jepun bermula Isnin lalu bagi lawatan kerja rasminya yang dijadualkan berakhir pada Sabtu ini.

Antara yang mengiringi Ismail Sabri ke Jepun termasuklah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Wisma Putra sebelum ini memaklumkan, Perdana Menteri juga dijadualkan bertemu dengan rakan sejawatnya di Jepun, Fumio Kushida serta wakil-wakil komuniti perniagaan di Tokyo.

Ismail Sabri juga akan menghadiri Sambutan Hari Raya Keluarga Malaysia bersama diaspora rakyat Malaysia di Jepun.

Berkenaan Persidangan Nikkei tersebut, menurut Kementerian Luar Negeri, ia merupakan perhimpunan tahunan pemimpin-pemimpin politik, ekonomi dan industri dari rantau Asia Pasifik.

“Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama dengan tema ‘Redefining Asia’s role in a divided world’,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI