PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 1,544 kes semalam termasuk 22 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,491,320 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,124 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,434,195 kes.
“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (831 kes), Kuala Lumpur (413 kes), Pulau Pinang (124 kes), Negeri Sembilan (118 kes), Melaka (104 kes), Kedah (62 kes), Johor (56 kes), Perak (56 kes) dan Sabah (52 kes).
“Seterusnya, Sarawak (34 kes), Putrajaya (20 kes), Pahang (19 kes), Kelantan (13 kes), Terengganu (13 kes), Perlis (dua kes) dan Labuan (satu kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Dalam masa sama, dua kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,647 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,551 kes.
Sebanyak 24,940 kes aktif dilaporkan melibatkan 23,811 kes dikuarantin di rumah, 22 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,075 kes di hospital, 13 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 19 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE