fbpx

Pelajar maut, dua parah motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa yang ditutupi kain putih dan motosikal dinaiki kesemua mangsa

KLANG – Seorang pelajar maut manakala dua lagi parah apabila motosikal dinaiki bertembung sesama sendiri dalam kemalangan di Jalan Paip, Meru di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam, mangsa yang maut pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Meru manakala parah adalah pemboncengnya yang juga pelajar lelaki sekolah sama serta penghantar aplikasi makanan.

Kesemua mangsa berusia 14 dan 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila dua remaja tersebut yang menaiki motosikal jenis Honda dalam perjalanan ke Pekan Meru dari Kampung Budiman.

Katanya, motosikal dinaiki telah memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan motosikal jenis Yamaha LC 135 ditunggang penghantar aplikasi makanan itu.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal honda itu maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

“Pemboncengnya dan penghantar makanan itu masing-masing parah kepala, patah rahang dan bahu kiri retak kini sedang dirawat di zon merah (kritikal) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Vijaya, siasatan mendapati pelajar sekolah yang menunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen memandu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI