KLANG – Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila mesin potong rambut tersekat pada bayi lelaki berusia dua bulan di Taman Shah Bandar di sini, petang tadi.
Kejadian dikatakan berlaku ketika ahli keluarga bayi tersebut sedang mencukur rambut bayi tersebut selepas majlis cukur jambul.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Kota Raja bergegas lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.46 petang.
“Sampai lokasi didapati mesin potong rambut sedang melekat di kepala bayi.
“Anggota bomba berjaya membuka mesin rambut itu menggunakan peralatan khas dan bayi dalam keadaan selamat,” jelasnya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE