fbpx

Pemancing Afrika tangkap marlin biru kedua terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan marlin biru ini seberat 621.4 kg dan sepanjang 365 sm. – Instagram ryanwilliamsonmarlincharters

PRAIA, CAPE VERDE – Sekumpulan pemancing yang menangkap ikan di Kepulauan Cape Verde terkejut apabila berjaya mengail ikan marlin biru gergasi seberat 621.4 kilogram (kg), lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Tiga sekawan dari Afrika Selatan itu sedang menikmati trip memancing selama enam hari di pulau tersebut apabila mereka berjaya menangkap ikan marlin biru kedua terbesar yang pernah ditangkap di Laut Atlantik.

Ikan bersaiz dua kali ganda daripada ketinggian manusia iaitu sepanjang 365 sentimeter (sm) itu kelihatan seperti yang sering dilihat dalam filem fiksyen berbanding haiwan sebenar.

Diketuai oleh Ben Vorster dan Kapten Ryan ‘Roo’ Williamson, kumpulan pemancing tersebut menarik perhatian ikan gergasi itu untuk memakan umpan.

Sebaik sahaja umpan mengena, mereka ‘bertarung’ selama 30 minit untuk membawa naik ikan tersebut ke atas bot sebelum kembali ke jeti.

Selepas menimbang berat haiwan itu, kumpulan pemancing tersebut mendapati bahawa ia bukanlah ikan marlin biru terbesar yang pernah ditangkap di perairan tersebut.

Ini kerana ikan seberat 621.4 kg yang mempunyai ukur lilit 167 sm itu adalah 14.5 kg lebih ringan berbanding pemegang rekod IGFA All Tackle World Record pada tahun 1992.

Bagi rekod tersebut, seekor ikan marlin biru seberat 635.9 kg yang ditangkap di perairan Brazil diiktiraf sebagai terbesar di dunia oleh badan penyimpan rekod memancing itu.

Hasil tangkapan kumpulan pemancing tersebut kemudiannya disiang sebelum diedarkan kepada penduduk tempatan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI