fbpx

Joo Ngan watak penting skuad emas berbasikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AIMAN berjaya membawa pulang pingat emas buat kontinjen Malaysia menerusi acara sukan berbasikal lebuh raya Sukan SEA Vietnam 2021, Hanoi.

HANOI – Legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan dilihat antara watak penting kejayaan Malaysia membawa pulang emas pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021.

Joo Ngan mendedahkan, pe­nyatuan dalam kalangan pelumba dan kru skuad negara memboleh­kan mereka berjaya mengecapi kejayaan di bumi Hanoi.

Jurulatih berpengalaman negara itu mendedahkan, salah satu sebab pasukan berkenaan bergelut untuk tampil cemerlang pada Sukan SEA Manila, Filipina (2019) disebabkan perselisihan faham dan perbezaan pandangan dalam kalangan ahli pasukan.

Justeru, Joo Ngan mengakui gembira dapat membantu semua individu mengecapi kejayaan dengan matlamat sama iaitu memastikan lagu Negaraku berkumandang di Vietnam.

Gandingan pelumba muda dari Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) dan Sapura Cycling Team (TSC) ke temasya sukan dwitahunan itu ternyata berbisa selepas menghadiahkan pingat emas menerusi Nur Aiman Zariff.

“Skuad berbasikal negara tidak memenangi sebarang pingat acara lebuh raya pada Sukan SEA Manila 2019.

“Justeru, badan induk berbasikal negara iaitu Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) meminta saya membantu melatih pasukan kali ini, saya enggan menerima tawaran tersebut pada awalnya.

“Bagaimanapun, presiden (PKBM) menghubungi saya dan bertanya sama ada saya boleh membantu membimbing pasukan dan membawa pulang pingat emas dari Vietnam.

“Selepas itu saya menghubungi pengurus pasukan kebangsaan (2019) dan juga individu dari TSG dan Sapura untuk mengetahui situasi sebenar ketika Manila 2019.

“Selepas melakukan perbincangan, mereka semua bersetuju untuk menerima saya berada dalam pasukan tersebut di Hanoi,” kata Joo Ngan.
Ditanya mengenai tawaran untuk mengendalikan pasukan tersebut sekali lagi tahun depan, Joo Ngan mengakui belum memikirkan soal tersebut.

“Bagi saya, masih terlalu awal untuk memikirkan perancangan tahun depan di Kemboja nanti dan secara keseluruhan saya sangat gembira kerana kami dapat membawa pulang satu emas, dua perak dan dua gangsa daripada acara lebuh raya ke Malaysia semula,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI