fbpx

Hadi tidak akan sesekali serik untuk ambil sepakan penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HADI tidak akan serik mengambil sepakan penalti pada masa akan datang meskipun gagal menyempurnakan sepakan pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi Ahad lepas.

TIADA istilah ‘serik’ buat penye­rang skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak untuk mengambil tendangan penalti pada masa akan datang selepas gagal menyempurnakan sepakan pada penentuan pingat gangsa Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi Ahad lepas.

Pada aksi tersebut, penyerang kelab Liga Jepun, Azul Claro itu menjadi salah seorang daripada dua pemain negara selain Luqman Hakim Shamsudin yang gagal menyempurnakan penentuan sepakan penalti yang menyaksikan pasukan tewas 2-4 kepada Indonesia.

Kata Hadi, sikap serik tidak ada dalam kamus hidupnya ke­rana sudah menjadi lumrah seorang pemain di posisi serangan untuk menggalas tugas menja­ringkan gol pada setiap kesempatan yang diberi.

“Sudah tentu saya mahu mengambil sepakan penalti lagi selepas ini jika diberi peluang kerana sebagai penyerang, saya memang dahagakan jaringan dan jika ada penalti saya akan jadi orang pertama untuk mengambilnya.

“Bagaimanapun, semua harus faham sepakan penalti bergantung pada nasib dan kadang-kadang masuk, ada kala sebaliknya tetapi saya berjanji untuk berikan yang terbaik,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Mengulas lanjut, bekas penye­rang kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui masih ber­puas hati dengan prestasi semasa apabila berjaya meledak tiga gol dalam enam perlawanan yang diharungi.

“Secara jujur, masih banyak perlu dipelajari dan diperbaiki tetapi dapat menemui sentuhan jaringan dengan meledak tiga gol dalam enam perlawanan telah membuatkan saya sedikit ber­puas hati,” katanya.

Hadi dijangka akan terus menjadi sandaran pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney untuk kempen Piala Asia B-23 di Uzbe­kistan yang bakal bermula 2 Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI