fbpx

Tiada rombakan besar skuad B-23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALONEY percaya pasukannya telah membuat persiapan dengan baik sebelum ke Uzbekistan dengan mengharungi enam perlawanan cukup kompetitif pada Sukan SEA Vietnam 2021.

KETUA jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Brad Maloney memberi bayangan tidak akan merombak pasukan dengan mengekalkan sebahagian besar pemain untuk dibawa ke kempen Piala Asia B-23 di Uzbekistan bermula minggu depan.

Sebagai rekod, skuad muda Harimau Malaya baru pulang daripada tugasan di temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam selepas tewas pada penentuan pingat gangsa dengan kekalahan penalti 2-4 kepada Indonesia pada Ahad lepas.

Pada temasya tersebut, pengendali import dari Australia itu telah dijangka membawa 20 pemain utama dengan empat pemain berada dalam senarai menunggu sekiranya ada dalam kalangan mereka mengalami kecederaan.

Kata Maloney, tiada rombakan besar-besaran akan dilakukan oleh barisan kejurulatihan dalam pemilihan pemain yang akan dibawa ke Uzbekistan dengan pasukan dijadualkan berlepas pada Jumaat ini.

“Berdasarkan apa yang saya lihat, mungkin semua pemain yang beraksi pada Sukan SEA akan dibawa ke Uzbekistan ke­rana kami tidak mempunyai pilihan pemain lagi dengan pasukan sedia ada sudah menunjukkan keserasian yang baik,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Sementara itu, Maloney turut percaya pasukannya telah membuat persiapan dengan baik sebelum ke Uzbekistan dengan mengharungi enam perlawanan yang cukup kompetitif di temasya sukan berprestij Asia Tenggara itu.

“Meskipun kami tidak dapat meraih sebarang pingat, apa yang dilalui pasukan di Vietnam sangat positif dengan kita dapat bersaing enam perlawanan ­antarabangsa dalam tempoh 14 hari.

“Namun, fokus utama ketika ini adalah untuk mengharungi ­Piala AFC B-23 dan harap pasukan mampu merekodkan keputusan positif di sana nanti,” katanya.

Pada kempem Piala AFC B-23 nanti, skuad negara akan menentang juara bertahan, Korea Selatan selain dua seteru Asia Tenggara iaitu Vietnam dan juga Thailand selepas diundi dalam Kumpulan C dengan saingan bermula 2 Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI