fbpx

Penuntut UUM meninggal dunia di asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Vinosiny

JITRA – Seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) meninggal dunia di asrama pusat pengajian itu di Sintok dekat sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, penuntut tersebut dikenal pasti sebagai S. Vinosiny, 21 dan siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat sawan.

“Walau bagaimanapun kita masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian sebenar penuntut terbabit dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, UUM menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa mangsa merupakan pelajar semester empat dalam jurusan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat).

Menurut kenyataan itu, pihak universiti juga masih menunggu laporan penuh bedah siasat dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI