fbpx

Nilai rampasan Op Pagar Laut RM22,948,860

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 63 kes tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan direkodkan sepanjang Op Pagar Laut 1/2002 bermula 19 April hingga 17 Mei dengan nilai rampasan kira-kira RM22,948,860.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, tangkapan itu meliputi kes pendatang asing tanpa izin (PATI), kontraban dan barang kawalan, pencerobohan bot nelayan asing serta lain-lain jenayah maritim.

Hamzah (tengah) beramah mesra bersama para tetamu pada Majlis Sambutan Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Putrajaya hari ini. – Foto FAISOL MUSTAFA

“Sebanyak 12 kes tangkapan melibatkan PATI yang membawa kepada penahanan 48 warga asing (21 Indonesia, 10 Vietnam, 9 Kemboja, 4 Myanmar, 3 Filipina dan 1 Thailand) yang cuba masuk dan keluar secara haram melalui perairan.

“Kes pencerobohan perairan oleh bot nelayan asing pula merekodkan penahanan 15 bot nelayan asing serta 160 kru warga Vietnam dengan rampasan dianggarkan bernilai RM22.5 juta,” katanya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Maritim Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, kes berkaitan aktiviti jenayah kontraban dan penyeludupan barang kawalan merekodkan 13 kes melibatkan empat kes penyeludupan rokok di perairan Semporna, Sabah, dua kes daun ketum seberat 2.18 tan di perairan Perlis dan masing-masing satu kes penyeludupan minyak masak, petrol, dadah, mercun dan tong gas dengan nilai rampasan kes sebanyak RM448,860.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI