fbpx

Ten Hag laung amaran awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG perlu pastikan United mampu mencabar diri untuk memberi tentangan kepada Manchester City dan Liverpool pada saingan EPL musim depan. – AGENSI

MANCHESTER – Pengurus baharu Manchester United, Erik Ten Hag melaungkan amaran beliau bersedia untuk memecah dominasi Manchester City dan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengendali dari Belanda itu menegaskan era kegemilangan City dan Liverpool bakal ber­akhir memandangkan sudah lama menguasai saingan liga bola sepak paling kompetitif di dunia itu.

Ten Hag tetap yakin dengan kemampuan yang dimiliki skuad kendaliannya itu biarpun United tewas 0-1 kepada Crystal Palace pada aksi terakhir Liga Perdana Ahad lalu.

“Saya sangat menghormati Pep Guardiola dan Jurgen Klopp kerana mereka berdua menampilkan corak permai­nan yang sangat menakjubkan. Bagaimanapun, setiap era pasti ada penamatnya.

“Anda pernah lihat Ajax bermain? Pemain-pemain yang menentukan corak permainan di dalam padang. Saya ada idea tersendiri dan kami akan membariskan pemain terbaik dalam kesebelasan utama nanti,” katanya.

Ini adalah kali pertama Ten Hag diperkenalkan secara rasmi sebagai pengurus United selepas beliau diumumkan untuk mengambil alih kerusi panas tersebut pada 24 April dengan kontrak sehingga Jun 2025.

Bekas jurulatih Ajax itu juga mengakui tidak sabar untuk memulakan tugas dan mengendalikan sesi latihan dalam usaha beliau menaikkan semula ma­ruah United yang sudah tercalar.

“Saya tidak nampak keputusan saya datang ke sini sebagai risiko kerana United adalah pasukan yang memiliki sejarah hebat. Sekarang fokus saya adalah untuk bina masa depan lebih hebat bersama pasukan ini,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI