fbpx

Feyenoord lancar perang psikologi menjelang aksi final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEYENOORD turun pada aksi final dengan reputasi tidak pernah kalah dalam 12 aksi Liga Konferens Eropah musim ini. – AFP

ROTTERDAM – Pengendali Fe­yenoord, Arne Slot bersikap me­rendah diri apabila memuji kre­dibiliti Ketua Jurulatih AS Roma, Jose Mourinho menjelang aksi final Liga Konferens Europa di Arena Kombetare awal pagi esok.

Slot, 43, mendakwa Roma le­bih berkemampuan untuk memenangi gelaran kejohanan pe­ringkat ketiga Eropah itu berdasarkan pengalaman hebat yang dimiliki Mourinho.

“Resume Mourinho membuatkan anda akan bimbang dengan kemampuan pasukannya. Beliau cukup dikenali sebagai individu yang telah memenangi banyak aksi final.

“Roma sentiasa bermain cemerlang dalam aksi-aksi penting terutama apabila di peringkat kalah mati kejohanan Eropah. Lihat sahaja kesebelasan utama Roma dan pemain-pemain di bangku simpanan,” katanya.

Biarpun memuji Mourinho, namun Slot sama sekali tidak cepat menyerah kalah kerana percaya pasukannya juga mampu menghadirkan kejutan untuk menjulang trofi keempat buat kelab itu di pentas Eropah.

“Kami fokus kepada taktik sendiri. Kami tidak perlu menghiraukan mengenai kemampuan pasukan lawan yang semema­ngnya lebih hebat jika dibandingkan dengan kami.

“Kami akui Roma adalah pasukan yang kuat kerana hanya pa­sukan terbaik layak ke final. Kami akan berikan segala-galanya untuk memenangi perlawanan ini,” jelasnya.

Sebagai rekod, Feyenoord yang masih belum kalah daripada 12 perlawanan Liga Konferens Europa musim ini, pernah memenangi dua gelaran Piala UEFA pada 1973/1974 dan 2001/2002 serta satu Piala Eropah edisi 1969/1970. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI