fbpx

Tular nasi kandar lauk ayam goreng RM27 sepinggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar nasi kandar berharga RM27.30 yang tular di media sosial hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pengguna berkongsi harga mengenai sepinggan nasi kandar berlaukkan seketul ayam goreng dan telur masin di sebuah restoran nasi kandar di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini iaitu RM27.

Melalui sekeping gambar yang tular hari ini, ia memaparkan hidangan berkenaan bersama resit yang tertera harga nasi kandar berkenaan bersama minuman sebanyak RM32.65 termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Harga bagi sepinggan nasi kandar tersebut seperti yang tertera adalah sebanyak RM27.30 sepinggan dan minuman limau suam berharga RM3.50.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen, antaranya rata-rata mendakwa ia adalah harga biasa bagi kedai makan di dalam sebuah lapangan terbang.

“Boleh dapat tiga ekor ayam ni. Eh, dua ekor sekarang ni,” kata Erna Nadia.

Sementara itu, Ila Liana berkata: “Ayam limited (terhad) lapangan terbang tu. Turun dari langit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI