GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menjelaskan bekalan ayam dan daging di negeri ini dalam keadaan mencukupi bagi menampung permintaan pengguna.
Kon Yeow berkata, ia berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri kepada pihaknya.
“Tetapi dengan isu kekurangan bekalan yang dihadapi pada masa ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar diharapkan dapat memantau hasil dari ladang-ladang di negeri ini.
“Sekiranya bekalan untuk negeri cukup, maka kita galakkan ia dieksport ke negeri berdekatan yang hadapi masalah kekurangan bekalan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kekurangan bekalan ayam dan barangan makanan lain di negeri ini.
Tambah Kon Yeow, pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan mengenai kekurangan bekalan makanan yang meruncing. – KOSMO! ONLINE