fbpx

Malaysia semakin panas, ‘aircond’ dicadangkan sebagai hantaran kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang pengguna laman sosial mencadangkan agar penghawa dingin dijadikan sebagai hantaran kahwin.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini pemberian hadiah unik kepada pasangan yang baru berkahwin menjadi ikutan, kini tular pula saranan untuk menjadikan penghawa dingin sebagai hantaran disebabkan keadaan cuaca semakin panas.

Menerusi perkongsian di laman Twitter milik Ikar, dia berkata, cadangan tersebut adalah bagi mengatasi senario berkenaan dan juga mengurangkan tekanan hidup berumahtangga.

Menurutnya, daripada mengeluarkan bajet yang besar untuk majlis, adalah lebih baik digunakan untuk mendapatkan kelengkapan rumah terutamanya buat pasangan yang menetap di bandar.

“Cuaca di Malaysia semakin panas, kena wajibkan hantaran ‘aircond’ (penghawa dingin) semasa kahwin. Nanti baru kurang tekanan hidup,” ciapnya baru-baru ini.

Susulan daripada itu, hantaran terbabit berjaya meraih pelbagai reaksi dengan 12,800 tanda suka dan 434 komen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan cadangan berkenaan serta mengakui keadaan cuaca yang semakin panas.

“Saya setuju, walaupun rumah saya dikelilingi pokok hutan, tetapi tetap panas. Pemanasan global betul-betul terasa kerana dulu tidaklah panas seperti sekarang ini,” luah Han.

“Jika tidak mampu beli seorang, boleh juga buat kutipan bersama raka-rakan yang lain. Kira menyumbang kepada kesejahteraan rumahtangga pengantin,” kata Wan.

Bagaimanapun, seorang pengguna dikenali sebagai Haz menasihatkan agar individu yang menggunakan penghawa dingin perlu mempunyai kewangan yang stabil.

“Siapkan duit bayar bil eletrik sebanyak RM200 sebulan. Walaupun pakai ‘aircond’ (penghawa dingin) jimat elektrik, namun apabila ditambah bersama penggunaan alat lain tetap akan menjadi mahal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI