fbpx

KDN sedang berunding dapatkan pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – KDN akan memulakan rundingan dengan negara sumber baharu berhubung cadangan pengambilan tenaga kerja sebagai pengawal keselamatan selain dari Nepal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, rundingan berhubung perkara tersebut akan dimulakan dalam masa terdekat.

Hamzah beramah mesra bersama para tetamu pada Majlis Sambutan Raya APMM di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di sini, hari ini.- Foto oleh FAISOL MUSTAFA

“Keputusan dasar sudah dipersetujui untuk membuka peluang pekerja asing sektor keselamatan dari negara selain Nepal.

“Bagaimanapun KDN akan memulakan rundingan dengan negara-negara sumber dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pada sambutan Majlis Sambutan Hari Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, permohonan bagi mendapatkan tenaga kerja itu boleh dibuat selepas perbincangan diadakan, tetapi kemasukan adalah bergantung kepada keputusan dari negara sumber baharu tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI