fbpx

Enam kontraktor guna dokumen palsu didenda RM50,000 seorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam kontraktor didenda RM50,000 seorang kerana mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender pembersihan, tiga tahun lalu.

ALOR SETAR – Enam kontraktor didenda sebanyak RM50,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender daripada sebuah syarikat pembersihan, tiga tahun lalu.

Tertuduh ialah Zulhilmi Abdul Jabar, 43; Mohd. Yusrizal Ismail, 43; Muhammad Hairi Md. Ismail, 38; Ranzi Halim, 51; Muhammad Amir Che Azid, 36, dan Badaruddin Mohamad, 40.

Hakim Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Harmi Thamri turut memerintahkan mereka dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mereka bagaimanapun membayar denda yang dikenakan.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa mengemukakan penyata akaun palsu enam syarikat berbeza bagi tempoh tiga bulan iaitu Oktober 2018, November 2018 dan Disember 2018 untuk mendapatkan tender daripada Syarikat Environment Idaman (Kedah dan Perlis ) Sdn. Bhd.

Tender tersebut berkaitan penswastaan kutipan sisa pepejal dan pengurusan pembersihan awam di wilayah utara di negeri ini.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat E-Idaman Sdn. Bhd. di Bandar Baru Stargate di sini di antara 1 Januari hingga 22 Januari 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI