fbpx

Lima terbunuh, 27 cedera dalam tragedi bangunan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bangunan 10 tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh di bandar Abadan, Iran semalam. - AGENSI BERITA FARS

TEHERAN – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 27 yang lain cedera apabila sebuah banguan setinggi 10 tingkat runtuh di bandar Abadan dalam wilayah Khuzestan, barat daya Iraq semalam, kata Persatuan Bulan Sabit Merah Iran seperti laporan saluran berita CNN. 

“Sekurang-kurangnya 80 orang masih terperangkap di bawah runtuhan,” kata Bulan Sabit Merah.

Video dan gambar yang dikongsi oleh pertubuhan tersebut menunjukkan pasukan penyelamat mengalihkan runtuhan dan serpihan di lokasi bangunan yang musnah itu. Sebuah helikopter dan beberapa anjing pengesan dikerah untuk membantu ketika operasi menyelamat diteruskan

“Keadaan bangunan-bangunan bersebelahan juga tidak stabil dan berisiko runtuh,” tambah agensi sama.

Kedua-dua pemilik dan kontraktor bangunan itu telah ditangkap, kata pendakwa raya khas Abadan seperti yang dilaporkan oleh media Iran.

“Punca bangunan itu runtuh masih dalam siasatan,” demikian menurut media rasmi Iran. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI