fbpx

Lelaki hilang jari selepas cuba sentuh singa melalui jeriji kandang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu memasukkan jarinya ke dalam jeriji kandang semasa lawatan di zoo. - Twitter

KINGSTON, Jamaica – Seorang kakitangan sebuah zoo di Jamaica berdepan dengan detik-detik cemas apabila jarinya digigit seekor singa melalui jeriji kandang haiwan itu, lapor akhbar Metro UK semalam.

Berdasarkan sebuah video yang dirakam, lelaki tersebut pada awalnya cuba menyentuh seekor singa yang berada di dalam kandang seolah-olah sedang bermain dengannya.

Dia berkali-kali berjaya mengelak tangannya daripada diterkam oleh ‘Raja Rimba’ itu. Bagaimanapun, singa itu kemudian menyerangnya dengan menggigit jari lelaki berkenaan.

Lelaki itu kelihatan sedaya upaya cuba menarik jarinya ketika singa itu enggan melepaskan gigitannya.

Malangnya, dia tidak berjaya melepaskan gigitan dan akhirnya kehilangan seluruh bahagian jari manis pada tangan kanannya. 

Saksi memberitahu akhbar Jamaica Observer bahawa mereka menyaksikan kejadian tersebut semasa lawatan pada petang kelmarin.

“Jelas sekali apabila dia terjatuh ke tanah, semua orang menyedari bahawa ia adalah seirus. Semua orang mula panik.

“Seluruh kulit dan sendi pertama jarinya hilang. Saya melarikan diri dari tempat kejadian kerana trauma melaihat darah,” kata seorang saksi.

Tambahnya, lelaki itu berjalan menghampiri sebuah kenderaan sebelum pergi meninggalkan tempat itu tanpa menunjukkan kesakitan dan membuatkan penonton terpegun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI