KEBANYAKAN orang berfikir bahawa menjadi seseorang artis idola K-pop satu impian yang paling membahagiakan sedangkan realitinya, jangkaan tersebut jauh meleset. Industri hiburan K-pop sangat memeritkan.
Penyanyi dari kumpulan duo AKMU iaitu Suhyun menerusi satu video yang dimuat naik dalam YouTube membuatkan ramai peminat berasa sedih dengan realiti kehidupannya sebagai artis.
Menerusi video tersebut, penyanyi itu mendedahkan punca sebenar mengapa sekarang dia enggan lagi bergambar dengan peminat.
Alasan tersebut dipengaruhi oleh kejadian negatif lampau yang pernah menimpanya sebelum ini.
“Barangkali ada ‘prank’ kamera tersembunyi. Saya sudah laluinya banyak kali.
“Jadi mungkin itu penyebab yang membuatkan saya enggan lagi dan menolak permintaan peminat hendak bergambar.
“Mungkin juga saya tertekan jika berada di luar. Saya tak berniat nak menolak permintaan peminat, jadi saya minta maaf,” ujarnya.