fbpx

Pelbagai program sempena 100 tahun koperasi di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozdeen Mohd. Jaafar

SHAH ALAM-Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Selangor bakal mengadakan pelbagai program sempena sambutan Hari Koperasi Negara dan 100 tahun gerakan koperasi di negara ini.

Menurut Pengarah SKM Selangor, Rozdeen Mohd. Jaafar, sambutan tersebut akan diadakan pada 24 hingga 26 Jun di kawasan Parlimen Tanjong Karang.

“Objektif utama adalah untuk mengiktiraf sektor koperasi kepada pembangunan sosio-ekonomi negara, sebagai ejen penyatuan sosial dan masyarakat khususnya di Selangor,” katanya kepada pemberita pada sambutan Aidilfitri SKM Selangor di Seksyen 13, di sini hari ini.

Rozdeen berkata, majlis perasmian Hari Koperasi Negara dan 100 tahun gerakan koperasi bakal disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar.

Tambahnya, antara pengisian program adalah aktiviti jualan koperasi dan usahawan serta penyampaian anugerah koperasi terbaik negeri dengan sasaran seramai 15,000 orang pengunjung.

“Turut diadakan ialah penyampaian bantuan pembangunan dan pembiayaan SKM, acara keceriaan, forum perdana dan sukan koperasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI