fbpx

Heung-min lakar sejarah di EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SON HEUNG-MIN tampil cemerlang apabila meledak 23 gol musim ini untuk berkongsi anugerah kasut emas bersama Salah. – AFP

LONDON – Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min muncul pemain dari Asia pertama dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris, berkongsi 23 gol dengan tonggak Liverpool, Mohamed Salah.

Kelmarin, pemain Korea Selatan itu meledak dua gol untuk membantu kemenangan besar 5-0 ke atas Norwich City dan kejayaan itu bertambah manis apabila Tottenham Hotspur berjaya mengatasi Arsenal dalam perebutan slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Sumbangan dihasilkan Heung-min cukup besar dan tanpa jaringannya dan Harry Kane, skuad kendalian Antonio Conte mungkin tidak mampu berada di kedudukan sekarang.

“Ia adalah sesuatu yang sukar dipercayai. Ia menjadi sesuatu yang hebat dan menjadi hari penuh makna buat saya. Sungguh luar biasa untuk menerima anugerah ini. Saya tidak percaya, cukup beremosi kerana saya begitu mengimpikannya sejak dari kecil.

“Kini ia sudah berada di genggaman saya. Ketika terlepas peluang, saya tidak pernah putus asa dan mahu menjaringkan gol dalam perlawanan ini. Pasukan ini membantu saya dan kamu boleh lihat semua itu pada perlawanan ini,” katanya.

Paling menarik untuk memperkatakan tentang kejayaan Heung-min adalah tiada satu pun gol yang dihasilkannya musim ini hadir menerusi sepakan penalti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI