fbpx

TMJ cabar Muhammad Sanusi dedah bukti terperinci dakwaan kawal Liga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIAPAN yang dimuat naik Tunku Ismail membalas kenyataan Muhammad Sanusi yang mendakwa pemilik kelab JDT itu mengawal Liga Malaysia.

JOHOR BAHRU – Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor membuat pendedahan secara terperinci dakwaan yang dilakukan mengenai individu tertentu ‘mengawal’ Liga Malaysia.

Pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu membuat kenyataan mendesak Muhammad Sanusi menerusi ciapannya di Twitter miliknya hari ini.

Tunku Mahkota Johor itu turut mendesak Presiden KFA itu menceritakan segalanya serta mendedahkan identiti yang dimaksudkan.

“Dia cakap pasal siapa ? Sebut nama. Ceritakan segalanya, ini cakap main sembur badut Mc Donald pun boleh.

“Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam, terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Sikap tipikal ahli politik,” katanya menerusi ciapannya hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi tampil mẹmbuat kenyataan ‘panas’ mendakwa terdapat individu yang mahu pihak tertentu mengikut telunjuknya.

Malah katanya, individu terlebih dahsyat apabila sanggup memberi bonus kepada mana-mana pasukan yang berjaya menewaskan Kedah dalam saingan Liga Malaysia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI