fbpx

‘Tidak perlu paksa wanita berpantang, ia hanya adat’ – Pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Wanita yang selamat bersalin atau menghadapi keguguran tidak perlu dipaksa untuk berpantang sekiranya tidak mahu.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Imelda Balchin berkata, pengalamannya selama 25 tahun berkhidmat sebagi seorang doktor di United Kingdom (UK) dan juga Malaysia tidak pernah meminta mana-mana pesakit wanita yang dirawati olehnya untuk berpantang.

Menurutnya, wanita di UK tidak pernah berpantang mengikut adat tradisi di Malaysia, namun tetap mempunyai rahim yang sihat seperti wanita yang berpantang tegar selepas bersalin.

“Sebagai seorang doktor, saya tidak pernah minta mereka untuk berpantang seperti makan makanan berkhasiat termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, minum air mineral secukupnya serta air ais.

“Namun, apa yang doktor-doktor pakar di negara UK buat adalah meminta ibu yang baru bersalin untuk mengelakkan daripada merokok, elakkan minum alkohol jika menyusukan bayi serta elakkan membuat hubungan seks sehingga darah nifas kering,” katanya dalam satu hantaran baru-baru ini.

Jelasnya, itulah nasihat yang sama dan sering beliau berikan sama ada kepada wanita di UK dan di Malaysia.

“Semenjak tahun 2006, saya telah lihat dalaman wanita hampir setiap hari dan dalam masa 16 tahun ini, saya sudah pun melihat beribu-ribu rahim wanita.

“Hakikatnya, semua pun kecut semula secara normal dalam tempoh enam minggu selepas bersalin, tidak kira ikut adat berpantang atau tidak,” ujarnya.

Tambah Imelda, beliau menasihatkan kepada semua wanita di Malaysia untuk tidak menyusahkan diri sendiri untuk berpantang ‘tegar’ atau keterlaluan.

“Berpantang macam-macam selepas bersalin itu hanya adat, bukannya nasihat pakar perubatan kesihatan wanita dan bukannya ajaran agama Islam. Islam juga tidak menyusahkan wanita selepas bersalin,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI