fbpx

Diaz akui belum sedia umumkan persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIaz terus menguasai kategori 55kg apabila meraih emas pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021. – Afp

HANOI – Walaupun ada suara sumbang yang mahu melihatnya bersara, pemenang pingat emas Sukan Olimpik dari Fili­pina, Hidilyn Diaz kekal dengan kemahuan untuk terus bersaing pada edisi 2024 di Paris, Peran­cis.

Selepas kejayaannya mempertahankan pingat emas Sukan SEA dalam kategori 55 kilogram (kg), Diaz memilih untuk kekal bermotivasi bagi membolehkannya bersaing di pentas tertinggi.

“Sungguh sukar untuk saya kekal bermotivasi kerana tidak tahu apa yang akan dihadapi seterusnya. Walaupun ada yang minta saya supaya bersara dan beri peluang kepada atlet lain, saya memilih untuk terus kekal.

“Saya masih boleh melakukannya, pasukan saya juga masih yakin dan saya sendiri juga yakin boleh memenangi pingat emas di Paris 2024. Sebagai seorang atlet, saya mahukan cabaran dan mahu meningkatkan tahap latihan.

“Paris 2024 adalah sasaran saya dan saya tidak akan pernah berhenti,” katanya.

Pada temasya di Hanoi kali ini, Diaz berjaya melakukan ang­katan seberat 93kg untuk acara snatch, manakala 114kg bagi clean&jerk untuk mengumpul keseluruhan angkatan seberat 206kg bagi meraih pingat emas menewaskan Sanikun Tanasan dari Thailand dan Ntasy Beteyob (Indonesia).

Dalam pada itu, Diaz juga ber­azam untuk menggunakan pe­ngaruhnya memperkasakan sukan tersebut dan cuba mempopularkannya di Filipina.

“Sukar untuk berhenti bukan kerana saya menang emas. Angkat berat adalah kehidupan saya sejak mula terbabit dalam sukan ini 20 tahun lalu,” jelasnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI