fbpx

Luahan pembaca: Cukuplah campurkan politik dan sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Hoki Malaysia atau dikenali Malaysian Tigers berharap dapat menamatkan saingan sebagai juara Piala Asia 2022 bagi melayakkan diri ke Piala Dunia 2023 di India. – IHSAN MHC

Saudara pengarang,

MELIHAT kepada perkembangan sukan tanah air ketika ini, ternyata beberapa sukan berkelas dunia yang disertai atlet negara berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Beberapa kejayaan yang dikecapi atlet kebangsaan selama ini terutamanya dalam sukan berbasikal, badminton serta hoki sudah cukup membuatkan kita sebagai rakyat berbangga.

Apa tidaknya, dalam ketiga-tiga sukan tersebut, Malaysia berada dalam rangking terbaik. Pernah juga atlet kita bergelar juara dunia serta berada pada tangga pertama.

Namun, melihat kepada beberapa negara yang perkembangan sukannya semakin ketara ketika ini, saya rasa pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dalam bidang sukan ini perlu ada perasaan bimbang.

Kejayaan pasukan badminton India yang merangkul juara Piala Thomas di Thailand baru-baru ini sebenarnya menjentik kita.

Ditambah pula pasukan negara itu dilaporkan telah dilatih oleh jurulatih dari Malaysia yang juga jaguh badminton negara suatu ketika dahulu.

Bukan itu sahaja, kejayaan pasukan hoki negara jiran Indonesia yang layak ke Piala Asia juga adalah satu kejayaan luar jangkaan.

Pasukan hoki itu juga turut dilatih oleh jaguh kebangsaan yang pernah melatih pasukan negara sebelum ini iaitu Dharma Raj.

Melihat kepada perkembangan ini, Malaysia patut melakukan beberapa perubahan bagi menjamin kedudukan dalam sukan-sukan utama dunia yang disertai kita berada dalam pencapaian yang sepatutnya.

Cukuplah campurkan bidang politik dalam sukan, jika terus berpolitik tidak mustahil negara lain mampu menandingi kita, jangan berbangga dengan sejarah pencapaian kita selama ini.

Yang kecewa,
Budak hoki Champion School’ 98

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI