fbpx

Suami dirampas pelarian Ukraine selepas diberi perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOFIIA Karkadym meninggalkan Lviv untuk tinggal bersama keluarga Garnett namun jatuh cinta dengan bapa kepada dua anak itu. - Instagram

LONDON – Seorang lelaki Britain nekad meninggalkan isterinya yang telah 10 tahun dikahwini selepas menjalinkan hubungan dengan seorang pelarian Ukraine yang berlindung di rumah mereka akibat peperangan di negara asalnya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Tony Garnett, 29, sebelum ini memohon untuk menyertai skim pelarian kerajaan Britain. Dia bagaimanapun menjadi tidak sabar kerana permohonan itu mengambil masa yang lama, lalu menyertai satu kumpulan Facebook bagi pelarian Ukraine yang mencari penaja.

Garnett ketika itu ditemui oleh Sofiia Karkadym, 22, yang sedang melarikan diri dari rumahnya di Lviv selepas serangan Russia.

Setelah menguruskan pengangkutan, Karkadym tiba di Britain pada 4 Mei lalu dan tinggal bersama Garnett dan isterinya, Lorna serta dua anak perempuan mereka masing-masing berusia tiga dan enam tahun.

Garnett memberitahu bagaimana mereka menjadi akrab dengan serta-merta terutamanya disebabkan dia boleh bertutur dalam bahasa Slovakia yang serupa dengan bahasa Ukraine.

Mereka berdua berbual dalam bahasa yang tidak difahami Lorna, sanggup berjaga hingga ke tengah pagi untuk menonton televisyen bersama-sama ketika wanita itu sudah tidur dan kerap ke gimnasium bersama.

Pergaduhan mula berlaku apabila Garnett berkata bahawa dia akan pulang makan di rumah jika makanan itu dimasak oleh Karkadym. Lorna menjadi marah dan meminta wanita itu meninggalkan rumahnya.

Lebih mengejutkan, Garnett memutuskan untuk mengikuti Karkadym dan meninggalkan isteri serta anak-anaknya. 

Dalam hanya 10 hari Karkadym tiba di Britain, kedua-dua mereka telah berpindah ke rumah ibu bapa lelaki itu dan mula mencari hartanah serta memulakan proses untuk mendapatkan visa tetap buat Karkadym. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI