fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di empat negeri sehingga pukul 5 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, empat negeri terbabit melibatkan Perlis, Kedah, Perak dan Sabah.

“Di kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling manakala di Perak melibatkan kawasan Hulu Perak.

“Kawasan di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambah kenyataan tersebut lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI