fbpx

Insiden tembakan di Chicago ragut dua nyawa, 8 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis dan paramedik berada di lokasi insiden tembakan di Chicago kelmarin. - AGENSI

CHICAGO – Dua orang terbunuh dan sekurang-kurangnya lapan lagi cedera dalam insiden tembakan terbaharu di Chicago yang berlaku susulan pergaduhan di luar sebuah restoran makanan segera McDonald’s, lapor laman berita RT kelmarin.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 10.40 malam (waktu tempatan) dekat Chicago Avenue, kata polis. Akhbar Chicago Sun-Times melaporkan bahawa petugas paramedik dilihat menolak sebilangan pengusung di lokasi berdarah itu. 

Mereka yang cedera me­ngalami kecederaan parah hingga kritikal dan dirawat di hospital tempatan.

Datuk Bandar Chicago, Lori Lightfoot menyifatkan insiden itu sebagai ‘tindakan keganasan yang mengejutkan’ dan mengarahkan polis melakukan kawalan di lokasi kejadian serta kawasan sekitarnya.

“Sekali lagi tragedi berlaku disebabkan senjata api berada di tangan orang yang tidak peduli tentang diri mereka sendiri atau nyawa orang lain,” katanya.

Seorang suspek kejadian itu kini ditahan dan sepucuk pistol ditemui di tempat kejadian. Namun, identiti penyerang dan mangsa tidak didedahkan. Polis juga tidak menyatakan umur mangsa, namun saksi-saksi berkata, mereka terdiri daripada remaja dan belia.

Dalam pada itu, dua lelaki berbalas tembakan dan kedua-duanya cedera dan dirawat di hospital dalam kejadian ber­asingan kurang 1 kilometer dari lokasi insiden tembakan tersebut sekitar 40 minit kemudian, kata polis.

Kes tembakan di Chicago melonjak 66 peratus sejak dua tahun lalu, mencapai kadar 10 kejadian sehari pada 2021. Terdapat hampir 800 kes bunuh di bandar raya itu tahun lalu sekali gus angka tertinggi dalam tempoh 25 tahun. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI