fbpx

Tentera Israel tembak mati remaja Palestin di Jenin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Palestin tunduk untuk mencari perlindungan semasa pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel di Jenin pada 13 Mei lalu. - AFP

RAMALLAH, Wilayah Palestin – Seorang remaja Palestin ditembak mati awal semalam semasa pasukan ke­selamatan Israel melakukan serbuan di Jenin, dalam wilayah Tebing Barat yang dijajah Rejim Zionis, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

“Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun terbunuh dan seorang lagi mangsa yang berusia 18 tahun parah terkena peluru Israel semasa keganasan di Jenin,” kata kementerian itu .

Kem pelarian Jenin menjadi lokasi panas ketika ketegangan meruncing susulan gelombang serangan di Israel yang me­nyaksikan 19 orang terbunuh.

Seramai 13 warga Palestin cedera semasa operasi tentera Israel di kem tersebut minggu lalu. Seorang komando Israel dan seorang penduduk Palestin terbunuh dalam kejadian itu.

Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menamakan komando Israel itu sebagai Noam Raz.

Mangsa Palestin itu kemudian dikenali sebagai Daoud al-Zubaidi iaitu saudara lelaki kepada Zakaria al-Zubaidi yang mengetuai sayap bersenjata pergerakan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas. 

Serbuan Israel di Jenin itu berlaku beberapa jam sebelum keganasan meletus semasa majlis pengebumian Shireen Abu Akleh. Shireen merupakan wartawan Al Jazeera yang terbunuh semasa membuat liputan serbuan lain tentera Israel terhadap kem pelarian Jenin pada minggu lalu.

Polis Rejim Zionis menyerbu pekarangan sebuah hospital ketika jenazah wartawan wa­nita itu dibawa untuk dikebumikan dalam insiden yang mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI