fbpx

Orang ramai kesal pelajar makan atas lantai sempena Hari Guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian tular beberapa gambar di media sosial menunjukkan sekumpulan pelajar makan bersila di atas lantai baru-baru ini.

PETALING JAYA – Beberapa gambar tular di laman Facebook menunjukkan sekumpulan pelajar duduk bersila dan makan di atas lantai sempena sambutan Hari Guru dipercayai di sebuah sekolah baru-baru ini mengundang kritikan orang ramai.

Seorang pengguna media sosial yang juga guru, Mohd. Fadli Salleh berkata, beliau kesal dengan tindakan tersebut yang dianggap seolah-olah tidak berperikemanusian dan semua pihak perlu mengambil iktibar kejadian tersebut.

“Jangan buat majlis untuk murid, tapi VIP (orang kenamamaan) dirai secara melebih-lebih sedangkan murid terabai dan tak dirai seperti yang sepatutnya,” tulisnya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.

Fadhli berkata, para pendidik tidak seharusnya meminta pelajar untuk makan dengan cara bersila di atas lantai yang yang belum dipastikan kebersihannya.

Perkongsian hantaran Mohd. Fadli atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli itu mendapat 32,000 tanda suka dan 3,600 komen setakat petang semalam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa marah dengan tindakan pihak sekolah yang dianggap yang tidak bertanggungjawab sehingga membiarkan murid makan di atas lantai.

“Melampau. Buat jamuan raya untuk budak-budak sekolah tetapi yang diraikan adalah VIP,” luah seorang pengguna.

“Sekurang-kurangnya letak tikar plastik,” komen Azlina Md Zin.

Sementara itu, seorang guru turut berkongsi pandangan bahawa beliau tidak akan menghentam guru atau pentadbir sekolah yang terlibat dalam gambar yang ditularkan.

“Saya ingin memberi sedikit nasihat agar perkara sebegini tidak berlaku pada masa akan datang. Raikan anak murid dengan cara yang betul seperti mana mereka meraikan kita dengan memberi hadiah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI