fbpx

Mak Teh sebak sarung jubah konvokesyen anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nursimah (kiri) dan Mohd Nasir (kanan) menerima anugerah pertama Majlis Konvokesyen Kolej Uniti di Bangi, hari ini.

BANGI – Perasaan gembira bercampur sebak mengiringi langkah seorang wanita ketika menaiki pentas mewakili anak saudaranya pada Majlis Konvokesyen Kolej Uniti di Bangi Avenue Convention Centre di sini hari ini.

Nursimah Ibrahim, 61, mewakili Allahyarham Muz Mohd. Nasir, 22, yang meninggal dunia dalam kemalangan motosikal di Nilai, Negeri Sembilan pada 12 Mei lalu.

Nurshima berkata, anak saudaranya merupakan penerima anugerah pertama Diploma Pengajian Islam pada majlis konvokesyen berkenaan.

“Hari penuh bersejarah ini sudah pastinya lebih gembira jika dapat diraikan bersama arwah Muz. Saya sudah menganggap dia seperti anak kandung memandangkan dijaga sejak kecil lagi,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mengulas lanjut, Nurshima berkata, dia bangga kerana dapat menghantar arwah untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) memandangkan Muz seorang yang sangat suka belajar.

“Saya bagi dia peluang untuk belajar di IPT, tetapi apabila dia bagi saya peluang naik ke pentas menerima skrol diploma. Tak terungkap perasaan apabila mendapat tahu dia sudah meninggalkan saya buat selama-lamanya kerana Muz anak yang sangat baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika berkongsi kisah sebelum kejadian kemalangan itu, Nurshima berkata, arwah memeluknya erat pada pagi sebelum kejadian seolah-olah petanda dia akan pergi selama-lamanya.

“Tak sangka pelukan erat arwah pagi itu merupakan pelukan terakhir yang saya terima,” luahnya hiba.

Sementara itu, bapa Allayarham Mohd Nasir Ibrahim, 58, memberitahu, dia berasa sedih sewaktu mendengar nama anaknya disebut pada majlis konvokesyen berkenaan.

“Arwah rapat dengan saya dan Mak Teh (ibu saudara) sejak kecil lagi yang sudah dia anggap sebagai ibu kandung,” tambahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI